Friday, November 13, 2009

~juall..jualll~

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

hari ini..saye ade jual brg..
lelong punye hrga..
tpi sblum itu..
sye nk abg2,akak2 n adik2 dgar ni dlu..
klebihan brg2 sye nk jual nih!!


first barang!
msti koRG nk wjah yg b'seri' kn??..
tpi kali ini laen sikit..
modal nye...x payaahh!!
haa..
pakai bedakkah?pakai pncuci muka slalukah?
tpi inilah antara barangnye..
tapi kena rajin skit la..
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,
cucilah 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri.
Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdo'a.
hrga ntuk barang-barang ini...
RM usaha + RM kerajinan shja..


keeeedua!
barang ni ntuk ko hilangkan stress..
korg stress watpe??
men bowling?karaoke?ngadu kt awek?
xperlu..sbb ini lagi penting!!
ingat!!ini bukan dadah ke ape..ini terbaek punya!!
barang yg tbaek nye ialah..
Untuk menghilangkan stress,
perbanyaklah 'olahraga'.

olahraga ni camne?
xperlu ke pdg n bli kasut sport nikey@adidas!!
tpi..

Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
jadi..harga yg perlu dibeli oleh anda2 smua..
RM keikhlasan + RM ketaatan + RM keyakinan sahaja..

seterusnya!!
ntuk klihatan ceria slalu..
muke xpernah nmpak sedih!
klau buat..gerenti org suke..
barang ini gerenti meletoopp!!
klebihan barang ini ialah
Untuk pelembab dan agar awet muda,
gunakanlah senyuman.
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.
Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',
"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"
(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula
ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
barang ini..BONUS!!
kLau da bli brg no 2 td..insyaallah dpat barang ini dgn percuma!!


barang strusnya!!
untuk nampak cantik pada paras muka..
Untuk punya bibir cantik,
ape rahsianye???
haaa...
bisikkan kalimat-kalimat Allah,
tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,
tidak menyombongkan diri atau takabur.
insyaallah..anda bukn shja mdpat bbir yg cantik..
tpi mlut yg manis..
stiap kata-kata anda mjadi bernas dan bermakna!
cube buat dlu!!tgok hasilnye..
xpayah bayar lagi!!buat dlu..
klau dh berjaya,rse nk byar..byar la..

seterusnya!!!
bagaimana nk dapat body yg cantekk??
Agar tubuh langsing, mulus dgn diet yang teratur ??
perlu ke beli jamu @ alat mengempiskan perut??
hbiskan duit yg byak!!??
xperlu!!
sebab..
berpuasa merupakan barang terbaek yg boleh dibuat..
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak
sayuran, buah-buahan, dan air putih . berpuasa juga dpat berjimat
hanya perlukan sdikit RM ketahanan shja..
boleh??ala..x AMERIKA klau x bulehh..

daaaaan yg terakhir iaitu,
seperti yg saya gunakan pd awal bicara n pentup kata saya pada post ini..
dan juga sbagai mengembangkan diri, bkan nk kembang (gemok)
tpi merapatkan ukhuwah sesame kite ini!!jdi..

sebarkan salam dan sapaan.
Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi .
orang syg kite..n kite syg org..jdi,bahagia lah hdup kite!!
ape lagi tggu2..??
tserah kpd anda smua..
mahu @ xmahu!!
hahahahahhah~

oleh itu,ingtlah..stiap perkara yg dpljari dlam islam..
mmpunyai mnfaat yg berkaitan..
tnpa kite sdari..
skian shja..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Thursday, November 12, 2009

nok crite eyy..


KISAH PENGEMBALA KAMBENG
DAN
CENDIKIAWAN KRISTIAN




Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.
Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan
yang aman dan damai.
Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian,
yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah.
Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran
untuk berdebat dengan penduduk-penduduk
di negara itu.



Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,
jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya
di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan
pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah,
dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah
seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.
Dengan berat hati,
raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan,
rakyat berkumpul di padang yang luas dan
gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.

Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin.
Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan
gembala kambing menunjukkan lima jari,
jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari,
gembala kambing menunjukkan enam jari.
Betul juga!

Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati,
membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya,
kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.
Betul lagi...

Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.
Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit.
Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya,
lalu dijunamkan ke bumi.
Betul!

Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam di tangan dan
gembala kambing menunjukkan telur ayam di tangan.
Betul... !

Maka tamatlah sesi perdebatan.
Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing.
Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya.
Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara
cendekiawan dan gembala kambing.

Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan
, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali.

Sebenarnya soalan hamba,

tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja?
(Asyhaduallah ilaha illallah...)
Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.
Jawapannya betul kerana sambungannya,
(wa asyhaduan namuhammadarrasullu llah)"

"Hamba tunjukkan dua jari,
bermakna adakah rukun islam ada dua?
Gembala kambing memberi jawapan, lima.
Betullah...

Bila hamba tunjukkan lima jari,
maksudnya adakah islam setakat itu sahaja?
Jawapan yang diberikan enam jari,
sebab rukun iman ada enam"

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi?
Gembala kambing menjawab penumbuk,
betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa.

Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit,
gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi.
Betullah...
kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus...
apakah asal usul kejadian ayam itu.
Jawapannya telur... betullah...
Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya,
serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.
Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja,
maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan.
Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut,
adakah soalan itu dah bocor?
Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.

Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing
hamba satu.
Jadi hamba menjawab,
dua pun hamba boleh bagi.

Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak!
Nak empat la maksudnya.
Dan hamba jawab lima pun boleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...?
Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan,
maknanya dia nak semua kambing hamba.
Hamba pun tunjuklah penumbuk.

Pastu dia keluarkan pedang,
wah wah...
dia ingat orang kaya je ada pedang.
Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.
Sekurang-kurangnya hamba ada juga.

Kemudian dia tunjuk ayam pulak!
Amboi... mentang-mentanglah dia kaya,
selalu makan ayam... Hamba pun mampu...
walaupun hanya telur ayam.

Tapi patik tetap bersyukur,
kerana dia dah sedar dan nak peluk Islam,
sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

ntuk kawan2 yg sdang exam..
gud luck..
walaupun bzy ngn exam..
solat jgn lupe.dan...
doa jgn ptus krn ia mjadi bisikan harapan kite..
yg didengari oleh tuhan yg Maha Esa.


Wallaualam.. .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...