Friday, February 25, 2011

dikala bosan

HARI MINGGU

mesti terfikirkan xtvt2 yg menarik..
bpeleseran brsama teman2 d kota2 raya..
mbeli belah baju2 baru n mcam2..
mlancong ke dstinasi mnarik..
makan mknn yg sedap2..

tapi aku dgn bgaya n cool..
duduk mghdap laptop n tperap d umh..
sungguh khidupan aku trase kesunyian..

bile da sunyi + bosan
bermulalah babak kesedihan di kotak hati
detik2 kriangan n ruang2 kgembiraan mmenuhi pmikiran
nafsu mula bergelora mahu mlakukan ssuatu..
bayangan rakan2 rapat tlintas sbg teman pemecah kesunyian
namun semuanya berlalu pergi spt kabus..
semunya bizi ngn kerja n dating..
hurm..
aku?

aku berhenti bfikir
tenang untuk mencari satu perkataan..
perkataan yg boleh mghidupkan suasana ini..
aku xmahu dpengaruhi emosi..
aku mahu menaklukinya!
akhirnya..
muncul satu perkataan..
MASYAALLAH!

aku termenung..
menarik nafas panjang..
keadaan aku sbnrnye tidak tnteram..
2,3 ari ni aku trase aku byk bsalah..
oleh disebabkan itu..
aku mrasakan perkataan itu tlalu hampir dgn ku..
aku slalu bermimpi akannya..
aku nampak bayanganku di msa hdpan..
aku nmpak apa sbnrnya cita2 hatiku..
sebelum mgecapi perkataan itu..
walaupun ia hanya bayang2 yg tidak nyata..
aku sgt2 menunggu saat2 itu YA ALLAH..
kau zahirkan bayangan2 itu YA ALLAH S.W.T..
tunjukkanlah aku lorong2 utk melaluinya..
pimpinlah daku menapak kearahnya..
bekalkan rahmatMU di setiap langkahku..
setiap daya adalah atas kerana kebenaranMU..
stiap air mataku mnitis krn takot padaMU..
setiap rintihan ku adalah kerana sifat hambaku..
yg begitu kerdil di sisiMU..
=("

perkataan itu mbuatkan stiap org xterkata..
perkataan itu mbuatkan rmai org mnangis..
perkataan itu mlembutkn hati seseorg yg keras..
perkataan itu juga menguji keimanan & keredhaan..
perkataan itu juga mbuatkan seseorg itu takot..
sgt2 takot..
takot kpd kegelapan..
takot kepada kejadian asal usul..
pencipta alam dan nusantara..
pencipta yang Maha Satu..
YA ALLAH S.W.T!!
apakah itu kematian?

"KEMATIAN"
ya..itulah perkataannya..

"kematianku' adalah mnurut ketetapanMU..
"kematianku" adalah pasti..
YA RABB.."matikanlah" aku dalam iman..
tempatkan daku dlm klangan golongan yg beriman..
"YA ALLAH..PERLIHARAKANLAH IMAN KU..
KU MEMOHON KEPADAMU.."

terubat skit kesunyian ini..
smbil layan lagu Open Your Eyes-M.Zain

Wednesday, February 23, 2011

dimana iman kte?

kadang2 kite tlupa..
telalai..
ter + mcam2 lah yg xelok kn..
sbb kte ni mnusia yg xpernah lekang dek godaan syaitan..
MOHON MAAF KPD RAKAN2 ATS SALAH SILAPKU..
tpi prnh ke tfkir..?

cube fikir ni..

stiap kali kte bgun dari tdo..ade ke?

"alamak..tlupe nk baca doa bgun tdo dlu"
"masyallah!!da lwat smbhyg suboh"
"aii..kena kejut kwan2 yg laen solt sbuh ni..klau x,bdosa plak aku"
"hurm..xsempat nk pgi surau.."
"myesal plak tdo pas smbhyg..klau bca al-quran xpe"
"klau bgun awal skit..leh bthajud..haish.."
"aduii..esk msti kena tdo awal..klau x,xsuboh la aku.."

so,ade ke prnh tfkir cmni?
haa..
then, smbil2 bsiap nk pegi klas tu kan..ade ke?

"alamak..tlupe nk bca doa msuk tndas"
"gosok gigi ni klau pkai kayu sugi lagi bgus"
"ni aku mndi..ade niat ntuk kbaikan x?"
"ni klau ambk air smbhyg sje2..dpat bddari.."
"hrap2 aku dpat jga wuduk aku ni lame2."
"kalau puasa ari ni bgus jgk..xmkn lgi ni"
"duk dpan cermin comey doh..cmne doa tgok cermin eh??

so..memg byk bnda yg kte kna fkirkan..
mcam2 yg berkaitan ngn dri kte..
scra lgsung @ x lgsung..
aku prnh dgar ustaz ckap..
apbila kte tfkir spt bermuhasabah dri pda stiap msa..
itu bmkna iman kte masih tebal di dada
ia masih mgingatkan kte akan kekuasaaNYA..
tpi jgn skadar bermuhasabah sahaja..
kenalah perlu dengan amalan@prktikalnya skali..
sbnrnya teramat la byk persoalan yg menjengah pmkiran kte..
kdg2..smpai trase sebak..
sbb tlalu byk bfikir akn pbezaan ;-
zman RASULALLAH S.A.W ngn zman skrg..
zmn skrg n crite bkenaan zman akhir zaman..

di mnakah kte sebanarnya?

wallahualam..
tpi tllu byk tanda2 kiamat kecil sudah ada..
malah..
kematian itu sbenarnya lagi hmpir dgn kite..
jdi..
same2 la bmuhasabah diri kwan2..
adkah iman kte snipis bawang?
atau stebal lpisan otmosfera??
haa..fkir2 sdri..
byk2 bzkir..bmunajat..berdoa..
biar kte same2 diredhaiNYA..
BARAKALLAH!!

"smoga aku mndpat istri spt ini..aminn YA ALLAH S.W.T"

Sunday, February 13, 2011

al-habib Umar Al-Haddad

*kisah aku petik dari sebuah blog dgn niat utk bkongsi

daripada al-Habib Umar..kisah yang

menyedarkan aku yang jahil..(T_T)

al-'Allamah as-Sayyid al-Habib Umar ibn Hafiz



Daripada al-Habib Umar (yang bermaksud) :
"telah datang seorang lelaki kepada Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad,
di mana ketiga-tiga jari lelaki itu seakan-akan terbakar
akibat menulis sesuatu yang dimurkai Allah S.W.T..
namun selepas beberapa ketika mengikuti Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad,
lelaki itu telah berkata :
"tiada faedah pun aku bertemu dengannya (Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad)"

al-Habib Umar menyambung kisahnya (yang bermaksud) :
"kemudian, lelaki itu telah termimpi, di mana di dalam mimpi itu,
dia telah kembali kepada Allah S.W.T, dia dimasukkan ke dalam kubur..
kemudian dia telah didatangi dua Malaikat yang seakan-akan mahu menghetamnya,
mahu menengkingnya.."

al-Habib Umar meneruskan kisahnya (yang bermaksud) :
"lalu dirinya berkata diketika itu : "apa akan jadi pada aku nanti??
aku akan dihentam teruk ni, aduh, seksanya"..namun,
belum sempat dua malaikat itu berbuat apa-apa kepada dia,
Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad telah datang di dalam mimpinya,
lalu berkata kepada dua malaikat itu :
"jangan engkau apa-apakan dia, sesungguhnya dia telah bertaubat kepada Allah,
dia telah berada di dalam majlis ilmuku"..lalu, selamatlah dia dari dua malaikat itu,
dan diketika itu juga, dia tersedar dari mimpinya.. "

al-Habib Umar meneruskan kisahnya (yang bermaksud) :
"apabila tersedar dari mimpinya, lalu lelaki itu berkata :
"rupa-rupanya ada faedah aku bertemu dan
bersama dengan Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad"..
kemudian, dia telah menghadiri majlis ilmu Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad.."

al-Habib Umar meneruskan kisahnya (yang bermaksud) :
"selesai sahaja majlis Ilmu Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad,
Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad akan bersalaman dengan ahli majlisnya,
dan apabila tiba pada lelaki itu, dia lalu bersalam dan berkata kepada lelaki itu :
"sesungguhnya mimpimu itu adalah benar"..
terkejut lelaki itu, dan bermula pada hari itu,
dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan
menghadiri majlis ilmu Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad"

astaghfirullah..(T_T) bagaimanakah aku yang jahil ini?

"ya Allah, tempatkanlah aku di dalam golongan yang sentiasa menuntut ilmu Iman
dan Islam, terutama golongan para ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah"..amin..

Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :
"Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu
untuk menghidupkan agama Islam,
maka dia berada di dalam Syurga Allah kelak satu darjat dengan para nabi"

subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

maka, hargailah para Imam, para ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah
yang masih ada di hadapan kita, insya Allah,
adanya barakah dan rahmat dari Allah di situ, amin ya rabbil alamin..(T_T)

Wednesday, February 9, 2011

Hijrah diri



Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumitpun ku rasakan perasaan seindah ini.

Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hambaMu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merinduiMu.

Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepadaMu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.

Syukur padaMu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cintaMu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandanganMu.

Betapa dosaku maha luas meliputi ruang langit dan bumi. Kosongnya amalanku ini untukku persembahkan kepadaMu nanti. Terlalu banyak sifat mazmumah dalam diriku sehinggakan tidak mampu ku perhitungkan lagi. Kerasnya hatiku sehingga hidayahMu sukar untukku menerimanya. Ku tahu tiada nilaianku di sisiMu, ya Allah.


Namun sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih ya Allah. Engkau masih memberi peluang kepada diriku ini untuk melakukan transformasi diri. RahmatMu maha luas ya Allah. Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepadaMu.

Di kesunyian fajar ini, air mataku laju menuruni terataknya membasahi sejadahku lagi. Kesilapan lampau terbayang-bayang mengisi ruang ingatan satu persatu. Episod silam membawaku ke lembah kehinaan yang membuatkan aku digelumangi debu-debu dosa.

Betapa menyesalnya aku ya Allah. Kenapa selama ini aku leka dan lalai? Kenapa selama ini hatiku buta ya Allah. Terlalu banyak masa yang telah aku persia-siakan. Selama ini aku mempermainkan taubat kepadaMu ya Allah. Selama ini ibadatku bukanlah untukMu ya Allah, tetapi kerana sifat menunjuk-nunjuk dan riak yang hadir dalam diriku. Aku terlalu menyesal ya Allah.

Aku pohon kepadaMu ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan hijrah ini. Aku ingin berhijrah ya Allah, hijrah keranaMu. Bukanlah hijrah kerana manusia, bukan juga hijrah untuk mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya.

Aku ingin berhijrah untuk mendapatkan cinta dan redhaMu. Sambutlah cinta dan rinduku ini ya Allah. Akan ku tatang hidayahMu ini dengan ilmu. Ilmu yang akan aku manfaatkan untuk memperbaiki hati dan diriku, yang dapat memberi cahaya kepada jiwa dan hidupku.

Ilmu yang akan aku persembahkan untukMu adalah ilmu yang akan membawa diriku menuju cintaMu. Ilmu yang dapat menjadikan hatiku ini lembut dan syahdu. Ilmu yang dapat mengubah seluruh kehidupanku. Kurniakanlah kepadaku ilmu yang dapat membuat diriku semakin mencintaiMu ya Allah.

Semoga kita digolongkan dalam golongan manusia yang dipilih Allah untuk menerima hidayahNya. Betapa bertuahnya kita seandainya dipilih. Membuktikan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah. Lihatlah betapa kerdilnya kita di muka bumi ini, tetapi sayangnya dalam kalangan kita masih ada manusia yang sombong.

Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia . Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.

Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat. Marilah kita berhijrah bersama-sama.

* semoga kita sentiasa dalam golongan yang beriman..aminn!
BARAKKKAH!!

Saturday, February 5, 2011

2nd trip 2 PEKAN


~PEKAN~

panggilan ibu angkat ku brkenaan perkahwinan Kak long
telah mgerakkan aku ke PEKAN ntuk kali keduanya.
Stelah 2 taun BAkTISISWA Jpp DULu2..
wlaupun pda mulanya agk rsau gle sbb elaun x
msuk agi+kereta wat hal time2 tu..
pjlanan hampir2 dibtalkan..
namun dgn kehendakNYA yang tidak dpt ditidakkan jika Jadi kataNYA..
maka bergeraklah kami ke PEKAN..
ats alsan mlunaskan janji kami dahulu ntuk dtg mnolong mak angkat kami..
aku bersama zaqwan,mahir n macha mredah laluan slame 5 jam..

KL -> K.PILAH -> JEMPOL -> MUADZAM -> ROMPIN -> PEKAN

dsebabkan x pernah llu jlan muadzam yg dktahui sbg jlan DALAM..
So,aku try la lalu ikut situ..ntuk kenal2 laluan baru bgi aku tp da lame sbnrnye..
kami ikut highway sremban n exit senawang n then straight mnuju ke rompin..
Perkara AJaib??
TAT aku memg berhntu kot..
tgkap sbelah pmndu yg xhdup slame staun lepas tbe2 hdup dgn sukses!
apabila aircond mati..tgkap bley pakai..
apabila tgkap xley pkai..aircond plak hdup..
xlame pastu,ujan..2,3 kali gak cmtu..
mgkin pjlanan dirahmatii..
ALHAMDULILLAH..

haa..
mse otw smpai kt maudzam..
ade la sorg mat rempit ni..
pintas ikut kiri krete aku..perghh..
bkn maen lajuuu..
n duk dpan ktaorg..ngan gaya mcm spiderman pun adaaa!
tpi yg pliknya kn..apabila direnung lame2 dari kte aku..
nmpak mcam pkai helmet tbalik je die ni..
aihh...biaq betoi mat rempit ni..sewel ke ape..?
aku pun pintas la dia atas pmntaan dak2 ni..
zapp!!skali tgok..
x percaya ko..atok umo 7o-an kot!!!!!!
~hahahahahahahh~
pkai helmmet tbalik..muke da bkedut2..
masyaallah..
cmne laa bley jadi cmtu kn..
pgaruh mat rempit ni bkn kt bdk2 je rupenya.!
~haha~

xlah serupa gini..tp kt kg die..sape tau kn?haha~

akhirnya sampai la ke PEKAN dlam pkul 9 mlam.
mse tu org tgh KAROKE!
ktaorg jmpe ngn mak,abah n lepak ngn Bapak(Cg Rabuan)
pnye la lpak2 smpai pkul 1.30 paagi.
mata da mcam vampire kot..ngntok amat..
pada majlis kenduri keesokan harinya.
smua bjlan lancar..
kami tlong2 pd sbelah paginya.
smpai x sempat nk amek gambar ngn pgntin..
p2,lepas zohor..kami bgerak ke kuantan..
kbtulan bukak radio pahang..
DJ tu ckap ade pesta Punggal kt pntai teluk chmpedak..
haaa~ape agi..zasss trus ke sana..
mmg meriah..
pesta nya ialah masak beras+susu di dalam bekas tnah liat..
sbnrnya ntuk kaum INDIA tp ade jgk org mlayu join..
1 MALAYSIA la ktakan..
so,ktaorg pun tlong la..
tlong wt sibuk je..
hahahaha~
camni la lbey kurg rupe pesta tu..

Pesta Punggal yg mriah d pntai teluk chempedak
nanges2 kena asap oiiii!!!

Pantai Teluk Chempedak pun memg lawa..
mse tu musim angin monsun cina selatan..
ombak tu toksah ckap la..gedebom2 mbdai pntai...

santai di teluk chempedak

di laluan pejalan kaki d sisi bukit tpi pntai

mrenung keindahan ciptaan NYA

Pastu..
keesokan harinya..
ktaorg balik ke TERENGGANU kesygnku..
btolak pkul 10 pagi..
sempat salam ngn mak angkt..
insyaallah dberikan ruang n masa agi..
akn smpai agi ke sana.
=)
otw blik..
sempat singgah kt satu agi pantai..
xingt la pntai ape name die..=p
tp just tgok gmbr ni..=)

angin sepoi2..besh gle..

ade nmpak cam tsunami x?bhye2..

pntai kt ngn kuala abang

akhirnya sampai ke GANU..
ape yg aku dpat drpd trip ni..
aku tringat kate tok4 (tok pghulu) kwasan tu..
biar la hbungan kuarga angkt ni bkekalan..
bkn mse program ari tu je..
alhamdulillah stakat ni hbungan tu msih agi..=)
insyaallah SEM ni target ke PERLIS n P.PINANG plak..
moga2 dpat mgenal tmpat org lagi..
di samping mlihat keindahanNYA..
aminn
BARAKALLAH~!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...